fbpx

Felda Tersang 1, 2 dan 3 sekali lagi kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebuah perkampungan skim tanah persekutuan dalam Daerah Raub, Pahang sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa iaitu melibatkan Felda Tersang 1, 2 dan 3 di Mukim Batu Talam susulan Kluster Jalan Batu Malim.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kementerian Kesihatan pada 24 Julai lalu memaklumkan ada 11 kes positif baharu Covid-19 hasil daripada saringan dilakukan melibatkan sejumlah 644 kontak rapat kluster itu.

Tanah rancangan berkenaan pernah dikenakan PKPD sejak 27 Mei sebelum dilanjutkan lagi sehingga 15 Jun lalu susulan penularan aktiviti ziarah sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Turut dilaksanakan PKPD dalam daerah yang sama ialah Felda Krau 1 di Mukim Gali yang akan berkuat kuasa juga selama 14 hari mulai Khamis ini sehingga 18 Ogos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hishammuddin, PKPD juga dilaksanakan di Terengganu meliputi Taman Rakyat Bestari Fasa 1 hingga 4 serta Rumah Awam Kos Rendah 1 dan 2 di Bukit Kluang, Mukim Telok Kalong, Daerah Kemaman selain Mukim Manir, Daerah Kuala Terengganu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI