fbpx

Dua wanita aktif edar dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kiri) diberkas bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM43,750, Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Sindiket pengedaran dadah melibatkan warga tempatan tumpas dengan penahanan dua wanita bersama bahan terlarang itu bernilai RM43,750 dalam operasi di sebuah apartmen di Jalan Klang Lama di sini pada Jumaat lalu.

Suspek yang berusia 31 dan 35 tahun itu ditahan pasukan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada pukul 7.50 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, pemeriksaan di dalam bilik yang didiami dua suspek itu menjumpai 1,480 paket plastik berisi heroin dan 250 paket syabu.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati dua suspek itu positif amphetamine dan syabu.

“Siasatan mendapati suspek pertama terlibat dalam aktiviti mengedar dadah sejak setahun lalu manakala suspek kedua pula kira-kira 10 tahun lepas,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Hasil semakan mendapati dua suspek itu masing-masing mempunyai dua dan sembilan rekod lampau antaranya penyalahgunaan dadah dan curi.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI