fbpx
Rakyat Kelantan yang hadir menerima suntikan vaksin Covid-19 di Istana Balai Besar, Kota Bharu hari ini. Foto ROSLIZA MOHAMED

Vaksin ‘walk-in’ kepada warga emas seluruh negara minggu depan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Inisiatif pelaksanaan vaksinasi secara konsep ‘walk-in’ bagi warga emas akan diperluaskan ke seluruh negara bermula minggu hadapan.

Pelaksanaan program itu diputuskan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), pada mesyuarat hari ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, CITF negeri diberi kuasa untuk menentukan tarikh pelaksanaan dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terbabit.

Beliau berkata, inisiatif itu khusus bagi warga emas yang belum menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19.

“Saya difahamkan ada negeri sudah memulakan inisiatif itu dan ada negeri yang sudah bersedia untuk melaksanakannya,” katanya pada sidang akhbar mingguan CITF hari ini.

Sebelum ini, konsep sama pernah dilaksanakan di Lembah Klang dimana warga emas yang belum menerima vaksin boleh pergi ke mana-mana PPV untuk suntikan dos pertama. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929