fbpx

United nyata hasrat mahu Griezmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRIEZMANN antara pemain yang perlu dilepaskan oleh Barcelona dalam proses penstrukturan kewangan kelab itu yang agak meruncing. - AFP

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan menghubungi Barcelona untuk melihat potensi mereka mendapatkan khidmat Antoine Griezmann menerusi terma pertukaran pemain melibatkan Victor Lindelof.

Barcelona terdesak untuk mengurangkan beban kewangan mereka dan berpendapat membiarkan Griezmann meninggalkan pasukan itu adalah langkah yang tepat dalam proses menstruktur semula pasukan itu.

Griezmann turut dikaitkan dengan kepulangan semula ke Atletico Madrid di mana Barcelona berminat sekiranya urusan ber­kenaan melibatkan pertukaran bersama Saul Niguez.

Bagaimanapun, kelab gergasi Sepanyol itu turut memandang serius tawaran yang dikemukakan oleh United selepas berpendapat urusan bersama Atletico mengenai perkara tersebut dianggap le­bih sukar.

United berjaya mengekalkan khidmat Edinson Cavani untuk tempoh semusim lagi tetapi mereka percaya kehadiran seorang lagi penyerang adalah sangat penting untuk memastikan mereka berjaya mencipta musim yang cemerlang nanti.

Lindelof adalah pemain yang sering mengisi kesebelasan utama United bergandingan bersama Harry Maguire di bahagian pertahanan dan berjaya membantu pasukan itu menamatkan saingan di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris.

Sejak berhijrah dari Benfica pada 2017, Lindelof sering menjadi tonggak penting, namun kehadiran Raphael Varane mungkin akan menyebabkan peluangnya beraksi terhad.

Sementara itu, Barcelona pula terpaksa melepaskan Griezmann untuk memastikan dana yang diperoleh itu digunakan untuk menandatangani kontrak baharu bintang sensasi mereka Lionel Messi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI