fbpx
PASUKAN bomba berdepan kesukaran laluan ke lokasi kebakaran yang sempit di Lorong Batu Lanchang, Taman Besi di sini pagi tadi.

Sejam padam api di bengkel besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Pasukan bomba mengambil masa hampir sejam untuk memadamkan kebakaran di sebuah bengkel pembuatan besi di Lorong Batu Lanchang, Taman Besi di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu dilaporkan tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian dan mendapati api dalam keadaan marak.

Menurutnya, operasi tersebut melibatkan tujuh jentera bomba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Lebuh Pantai serta tiga dari Pasukan Bomba Sukarela Paya Terubong, Sri Tanjung dan Bukit Bendera.

“Pasukan kami berdepan kesukaran berikutan laluannya yang sempit sehingga jentera tidak dapat masuk ke lokasi kejadian termasuk terletak berdekatan dengan deretan rumah penduduk.

“Anggota terpaksa menarik kira-kira 500 kaki hos masuk ke lokasi kebakaran itu bagi melakukan operasi pemadaman api.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.45 pagi tadi dan pemeriksaan di lokasi kejadian menemui satu silinder gas berada dalam keadaan bocor,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya dimaklumkan yang bengkel berkenaan tidak beroperasi sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mei lalu.

“Punca kebakaran dan kerugian yang dialami masih dalam siasatan pasukan forensik bomba,” tambahnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929