fbpx

Park Seo-joon sah sertai Marvel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK SEO-JOON

SEKITAR Jun lalu, nama aktor kacak Park Seo-joon menjadi bualan hangat dilaporkan bakal membintangi sebuah filem terbitan Marvel.

Bagaimanapun, laporan tersebut tidak dapat ditentukan kesahihannya kerana agensi aktor itu langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memberi maklum balas.

Selepas menimbulkan teka-teki, kegelisahan peminat yang mahukan kepastian tentang perkara tersebut kini seakan-akan terjawab apabila nama Seo-joon didapati tersenarai dalam barisan pelakon filem terbaharu Marvel, Captain Marvel 2: The Marvels.

Perkara berkenaan diketahui peminat selepas laman web IMDb mengeluarkan senarai pelakon yang akan membintangi naskhah berkenaan, termasuklah Brie Larson, Teyonah Paris, Iman Vellani dan Zawe Ashton.

Senarai berkenaan sekali gus menambahkan keyakinan peminat tentang pengesahan penglibatan Seo-joon dalam projek antarabangsa tersebut yang dijadualkan menemui penonton pada November 2022.

Setakat ini, hanya dua orang pelakon dari Korea Selatan yang pernah membintangi filem terbitan Marvel iaitu Claudia Kim dan Ma Dong-seok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI