fbpx

PKPD di Kampung Tok Sadang disebabkan 2 kluster komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Penduduk Kampung Tok Sadang di Kelantan antara empat lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serentak bermula Rabu hingga 17 Ogos ini.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia susulan Kluster Tok Sadang 2 yang diisytiharkan Kementerian Kesihatan pada Sabtu lepas dengan 11 kes berpunca daripada seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun yang mengalami gejala sejak 25 Julai sebelum disahkan positif pada Khamis lalu.

Lokaliti itu juga sudah ada satu lagi kelompok 11 pesakit lagi dikenali Kluster Tok Sadang 1 yang berpunca daripada seorang wanita tempatan berumur 62 tahun bergejala sejak 17 Julai.

“Turut dikenakan PKPD di negeri itu ialah Kampung Belian, Mukim Sungai Pinang, Tumpat, manakala di Sarawak, ia melibatkan kuarters pekerja ladang Palmlyn, Mukah selain Sabah melibatkan Kampung Selangon dan Kampung Binsulok, Beaufort,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, Kampung Pituru, Kinarut, Daerah Papar, Sabah disambung lagi PKPD selain 12 lokaliti di Terengganu antaranya dua kawasan di Mukim Bandi, Daerah Kemaman iaitu Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 2 dan selebihnya Mukim Kuala Dungun iaitu Sungai Buaya, Lembah, Tanah Lot, Padang Jambu, Nibong, Bukit Chatak, Molek, Bijangga, Sungai Udang dan Sungai Penaga.

Tidak ketinggalan tambahnya di Pahang, lanjutan PKPD membabitkan tiga lokaliti dalam Mukim Ulu Dong, Daerah Raub iaitu Kampung Bedu, Kampung Temalian dan Kampung Pamah Kulat. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI