fbpx

Vaksinasi harian lebih 500,000 dos lima hari berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemberian dos vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) semalam mencecah 512,097 dos di seluruh negara.

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui hantaran di Facebook berkata, perkara itu sekali gus menandakan lima hari berturut-turut tahap pemberian dos vaksin di negara ini mencapai angka 500,000 sehari sejak 26 Julai.

“Ini satu pencapaian yang amat baik ke arah pencapaian imuniti kelompok dalam populasi rakyat Malaysia.

“Lima hari berturut sejak 26 Julai 2021, Malaysia telah mencatatkan rekod pemberian vaksin melepasi angka setengah juta dos sehari dan jumlah pemberian vaksin Covid-19 tertinggi setakat ini adalah pada hari Khamis lepas, 29 Julai iaitu dengan 556,404 dos sehari,” jelasnya.

Katanya, jumlah pemberian vaksin Covid-19 sehingga 30 Julai 2021 ialah 20,014,549 dos.

Daripada jumlah itu, seramai 13,500,479 orang telah menerima dos pertama manakala 6,514,070 orang lagi telah menerima dos kedua. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI