fbpx

Polis terima laporan berhubung himpunan Keluar dan #Lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur memaklumkan telah menerima satu laporan polis berhubung perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ yang berlangsung di ibu negara pagi tadi serta telah membuka siasatan ke atas perkara tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, laporan polis berkenaan diterima pada pukul 3.04 petang tadi dan susulan itu, semua individu yang telah dikenal pasti akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Kesemua mereka yang telah dikenal pasti akan dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dalam masa terdekat.

“Jika cukup keterangan, kesemua mereka akan dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 21A Akta 342 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPB) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara (PPN)) 2021,” katanya dalam satu keterangan hari ini.

Menurut beliau, Polis Kuala Lumpur sebelum ini telah menyatakan bahawa tiada sebarang perhimpunan yang dibenarkan kerana negara masih berada dalam tempoh PPN dan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan sebarang perhimpunan dan berhimpun di sekitar ibu negara kerana kesalahan melanggar SOP.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang himpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di ibu negara yang merancang untuk berarak ke Dataran Merdeka bagi mendesak agar Perdana Menteri dan barisan kabinetnya meletakkan jawatan.

Sementara itu, Azmi turut memaklumkan bahawa pihaknya turut terkesan satu video tular berdurasi 14 saat memaparkan perarakan beramai-ramai di sebatang jalan yang dikatakan berlaku di Kuala Lumpur.

“Semakan mendapati, kejadian tersebut tidak berlaku di Kuala Lumpur dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan sesuatu perkara yang tidak sahih kerana dikhuatiri menimbulkan kegusaran masyarakat.

“Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai supaya mematuhi SOP PPN dan tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan memandangkan ancaman pandemik Covid-19 yang masih melanda negara kita,” tegas beliau.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI