fbpx

Lelaki dicekup curi televisyen pesakit strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berjaya dicekup bersama-sama sebuah televisyen yang dicurinya dalam kejadian di Taman Muzaffar Height, Melaka, kelmarin.

MELAKA – Seorang lelaki diberkas polis selepas dipercayai melarikan sebuah televisyen bersaiz 32 inci dari kediaman seorang wanita pesakit strok di Taman Muzaffar Height, di sini, kelmarin.

Suspek berusia 27 tahun itu diberkas kira-kira pukul 4.30 petang oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Ayer Keroh.

Ketua Polis Derah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, tangkapan dibuat selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 4 petang, Khamis lalu.

“Mengikut laporan dibuat, rumah tersebut merupakan kediaman kakak ipar pengadu, namun dibiarkan kosong selepas wanita terbabit mengalami strok dan tinggal bersamanya sejak setahun lalu.

“Pengadu telah datang ke kediaman itu kelmarin bagi memeriksa keadaan rumah sebelum mendapati pintu jeriji besi dalam keadaan terbuka dan sebuah televisyen telah hilang dipercayai dicuri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kediaman tersebut, suspek dilihat telah masuk ke dalam rumah berkenaan sebelum keluar dengan membawa sebuah televisyen dan melarikan diri menggunakan motosikal.

“Berdasarkan maklumat CCTV, kita berjaya mengesan dan memberkas suspek tersebut pada hari sama selepas laporan dibuat.

“Semakan lanjut mendapati suspek terlibat dalam aktiviti penagihan dadah dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI