fbpx

Lelaki dicekup seleweng 1,300 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah trak pikap dipandu suspek yang membawa muatan 1,300 liter diesel dirampas anggota penguat kuasa KPDN di kawasan lapang pertanian Kampung Pulai, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN KPDN

GUA MUSANG – Cubaan seorang lelaki untuk menyeleweng sebanyak 1,300 liter diesel gagal selepas dia ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di kawasan lapang Kampung Pulai, di sini semalam.

Selain diesel, sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux turut dirampas dalam serbuan kira-kira pukul 1 tengah hari itu.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, semasa serbuan dijalankan, suspek dilihat sedang memindahkan minyak diesel dari tong yang berada di atas trak pikap itu ke dalam tong dram.

Menurutnya, lelaki itu telah mengemukakan kebenaran pengawal iaitu empat permit khas untuk membeli di stesen minyak dan menyimpan minyak diesel bagi kegunaan pertanian syarikatnya.

“Pemeriksaan mendapati, alamat bagi kegiatan tersebut sepatutnya dijalankan mengikut permit iaitu di kawasan Merapoh, Pahang sedangkan minyak diesel itu dihantar ke Kampung Pulai. Suspek berusia 28 tahun itu merupakan pekerja sektor pertanian,” katanya.

Tambah Azman, lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI