fbpx
SESI latihan dan perlawanan pramusim United terganggu selepas sembilan sembilan pemain dan pegawai pasukan itu disahkan positif Covid-19. – AFP

Kem Man. United ‘diserang’ Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Kem latihan pramusim pasukan Manchester United dilanda ‘badai’ pandemik Covid-19 selepas dilaporkan terdapat sembilan pemain dan pegawai positif wabak tersebut selepas menjalani ujian calitan sejurus aksi persahabatan menentang Brentford awal pagi Khamis lepas.

Pada aksi di Stadium Old Trafford itu, skuad The Red Devils berjaya meraih keputusan 2-2 hasil ledakan Anthony Elanga dan Andreas Perreira selepas tampil cemerlang di hadapan 30,000 penyokong yang dibenarkan untuk menonton perlawanan tersebut.

Susulan itu, pengurusan Uni­ted membuat keputusan untuk membatalkan aksi persahabatan pramusim menentang Preston North End hari ini bagi memastikan semua pemain dan pegawai yang terlibat pada aksi bertemu Brentford sebelum ini menjalani kuarantin kendiri.

Menurut kenyataan United, mereka tidak akan berkompromi dalam usaha terus mencegah penularan wabak Covid-19 khususnya dalam kalangan pasukan yang mana secara tidak langsung menyaksikan aksi persahabatan hari ini dibatalkan.

“Kami sememangnya berusaha untuk memastikan pasukan United bebas daripada sebarang ancaman khususnya wabak Covid-19. Namun, situasi ini sukar untuk dielakkan dan kami terpaksa mengumumkan bahawa terdapat beberapa kes positif dalam kalangan pasukan.

“Ujian calitan telah dilakukan selepas aksi bertemu Brentford sesuai dengan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan beberapa pemain dan pegawai terbabit telah diarahkan untuk menjalani rawatan lanjut, manakala individu yang negatif diarahkan untuk kuarantin ken­diri.

“Justeru, kami terpaksa membatalkan aksi bertemu Preston North End pada Sabtu ini (hari ini) dan peminat yang telah membeli tiket perlawanan akan dipulangkan wang mereka oleh pihak pengurusan. Mengenai aksi pramusim berikutnya, perkemba­ngan lanjut akan diumumkan nanti,” katanya. – AGENSI

BERITA BERKAITAN