fbpx

31 tanah perkuburan Covid-19 di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas yang terlibat menguruskan jenazah Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang. -ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Sebanyak 31 tanah perkuburan Islam di seluruh Selangor dikhususkan untuk pengebumian pesakit Covid-19 beragama Islam.

Berdasarkan pekeliling Jaba­tan Agama Islam Selangor (JAIS), pembahagian tanah perkuburan itu melibatkan 13 buah hospital di negeri ini dalam memudahkan urusan pengebumian jenazah tersebut.

Katanya, 11 buah hospital iaitu Hospital Shah Alam; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Hospital Sungai Buloh; Hospital Tengku Ampuan Rahimah; Hospital Ampang; Hospital Serdang; Hospital Selayang; Hospital Kajang; Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia; Hospital Banting dan Hospital Sabak Bernam dikhususkan kepada tiga buah tanah perkuburan.

“Selain itu, Hospital Tanjong Karang dan Hospital Hulu Sela­ngor pula hanya melibatkan dua buah tanah perkuburan.

“Setiap tanah perkuburan itu dikawal selia Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Sepang dan kariah,” jelasnya.

Untuk tanah perkuburan Islam pula meliputi Seksyen 21 Shah Alam: USJ 22; Bukit Tandang, PJS 5; PJS 4 Taman Me­dan; Seksyen 9 Kota Damansara; Bandar Baru Sungai Buloh dan Pekan Sungai Buloh.

Di samping itu, tanah per­kuburan Islam Selat dan Johan Setia di Klang; Ukay Perdana; Sungai Sekamat di Hulu Langat; Sungai Ramal Luar dan Sungai Ramal Dalam; Raudhatul Baqi di Cyberjaya; Pulau Meranti.

“Seterusnya adalah Bukit La­gong; Taman Ehsan Kepong; Su­ngai Tangkas di Kajang; Cheras Perdana; Bandar Sungai Long; Kampung Banting, Taman Rim­bayu, Kampung Sungai Manggis di Banting, Kuala Langat.

“Bagi Sabak Bernam pula meliputi Bagan Tunjang, Bagan Nira dan Kampung Nelayan; Sungai Kajang dan Kampung Gulang untuk Tanjong Karang serta Hulu Selangor melibatkan tanah perkuburan Islam Kubu Road dan Bukit Beruntung,” katanya.

Sementara itu, sumber JAIS ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan pekeliling tersebut.

“Bagaimanapun, jenazah yang kematian biasa masih boleh dikebumikan di tanah-tanah perkuburan tersebut atau mengikut kariah masing-masing,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua tanah perkuburan Islam iaitu Seksyen 21, Shah Alam dan Selat Klang dikhususkan untuk pengurusan jenazah Covid-19 bagi mereka yang beragama Islam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dipetik berkata, langkah itu adalah inisiatif Pengurusan Jenazah Covid-19 Berpusat agar masa yang diambil dalam menguruskan jenazah dapat disingkatkan sebaik mungkin bagi mengurangkan kesesakan dan limpahan jenazah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI