fbpx

Tetap main permainan video biarpun tubuh ditenggelami banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan kanak-kanak ini terus bermain permainan video pada komputer biarpun tubuh sudah ditenggelami air banjir. -YouTube

MANILA – Sekumpulan kanak-kanak yang obses bermain permainan komputer tetap meneruskan permainan biarpun kafe siber tempat mereka berkumpul  digenangi air banjir, lapor laman Oddity Central semalam.

Rakaman video yang dimuat naik pemilik kafe siber di bandar Cainta, Rizal itu menunjukkan kumpulan kanak-kanak itu tidak mempedulikan air banjir yang sudah berada di paras lutut mereka.

Biarpun tubuh dinaiki air banjir yang berlumpur , kanak-kanak terbabit masih kekal berada di hadapan komputer dan meneruskan permainan video mereka.  

Mereka hanya meninggalkan kafe siber itu selepas pemiliknya mengingatkan kanak-kanak itu tentang bahaya yang dihadapi dan mematikan semua komputer yang ada.

“Kami tidak tahu air banjir boleh naik. Sebaik sahaja melihat kanak-kanak itu yang terus bermain, saya memaklumkan kepada mereka bahawa saya perlu memindahkan semua peralatan ke kawasan tinggi.

“Setelah itu, mereka kemudian berhenti bermain dan meninggalkan kafe siber. Tiada kecederaan dilaporkan,” kata pemilik premis itu, Sio Samson.

Mujur kesemua kabel elektrik premis tersebut berada pada aras yang tinggi.

Biarpun ramai netizen  mengagumi semangat kanak-kanak itu untuk terus berlawan dalam permainan komputer, mereka turut memaklumkan tentang bahaya kerana mereka berada dekat dengan sumber elektrik ketika banjir.

Sebilangan netizen berkata, adalah tidak berbaloi mengorbankan nyawa hanya kerana permainan komputer.

“Anda boleh mendengar dalam video itu bahawa kanak-kanak tersebut enggan meninggalkan permainan mereka namun saya terus menutup kesemua komputer bagi mengelak tragedi.

“Sebagai jurutera komputer, saya tahu tentang bahaya air apabila berdekatan dengan sumber elektrik. Saya menanggalkan kesemua peralatan elektrik,” jelas Sio. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI