fbpx
Semua suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan adalah diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia. – GAMBAR HIASAN

Slot cucuk vaksin masih dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Selepas nama terpapar di aplikasi MySejahtera, barulah buat bayaran kepada saya sebanyak RM100.”

Itu tawaran tempahan slot janji temu vaksinasi yang dibuat seorang individu yang mengaku bertugas di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang kepada wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai pelanggan baru-baru ini.

Menurut individu terbabit yang dikenali sebagai Ridzuan, dia menawarkan harga serendah RM100 bagi setiap slot dan kadar tempahan itu didakwanya adalah lebih murah berbanding PPV lain yang boleh mencecah RM300.

Dakwanya, harga semurah itu ditetapkan kerana mereka tidak mahu membebankan orang ramai terutama yang belum me­nerima suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, harga itu ditawarkan bagi dua dos suntikan dan sebanyak 10 slot janji temu disediakan setiap hari di PPV berkenaan untuk penerima yang sudah membuat bayaran.

“Kami tidak mahu membebankan pengguna, sebaliknya harga yang ditawarkan ini sebagai ‘manis-manis’ buat petugas yang menguruskan proses ini.

“Kita tahu bahawa vaksin ini sepatutnya diberikan secara percuma kepada orang ramai, tetapi biasalah, kalau ada bayaran cepat sikit prosesnya. Pembayaran melalui online sahaja,” katanya.

Bagi mendapatkan suntikan, wartawan Kosmo! turut diminta untuk memberikan nama penuh, nombor MyKad serta nombor telefon untuk didaftarkan dalam aplikasi MySejahtera.

Individu terbabit memaklumkan proses mendaftarkan nama untuk menerima suntikan vaksin dalam aplikasi berkenaan hanya memerlukan tempoh 24 jam.

“Senarai nama akan diserahkan kepada pegawai perubatan bertugas dalam tempoh itu juga.

“Hari ini daftar, esok akan tertera nama anda dan tarikh suntikan dalam aplikasi. Kebiasaannya suntikan akan dibuat pada hari yang sama.

“Biasanya untuk panggilan janji temu tidak kira waktu. Contohnya panggilan keluar di aplikasi MySejahtera pukul 12 tengah hari dan penerima perlu hadir ke PPV mungkin pukul 2 atau 3 petang,” kata Ridzuan.

Ketika wartawan Kosmo! mempersoalkan ketelusan pro­ses itu, Ridzuan mendakwa, kakitangan Kementerian Ke­sihatan sendiri yang akan menguruskan prosedur kemasukan nama dalam aplikasi MySejahtera.

Malah dakwanya, Badan Ber­tindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) juga kononnya bersetuju dengan prosedur yang dilakukan tersebut dan tiada istilah potong barisan penerima vaksin lain.

Tindakan itu dilakukan bagi mengisi kekosongan slot yang sememangnya telah disediakan lebih awal oleh pihak KKM sebagai kategori standby list.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN