fbpx

PPM rampas 288,400 batang rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sebanyak 1,442 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM230,070 selepas menyerbu sebuah premis di Kampung Pekan Baru Pinang Tunggal di sini semalam.

Dalam serbuan Op Kontraband kira-kira pukul 3 petang itu polis turut menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Pemangku Komander PPM Wilayah 1, Superintendan Shoppri Saad memberitahu, pemeriksaan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Unit Risik PPM Batu Uban.

Katanya, pemeriksaan menemui sebanyak 1442 karton mengandungi sebanyak 288,400 batang rokok seludup dengan nilai rampasan dianggarkan RM230,070.

“Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Menurutnya, suspek serta barang kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, katanya, PPM Wilayah 1 yang meliputi kawasan dari Perlis hingga Selangor telah melakukan beberapa siri tangkapan menerusi Op Kontraband yang dilaksanakan bermula 1 April lalu.

“Sehingga kini, lebih lima juta batang rokok seludup telah dirampas kita sedang dalam misi untuk mengekang aktiviti penyeludupan dan penjualan rokok seludup yang merugikan kerajaan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya akan terus melaksanakan operasi sedemikian di seluruh kawasan tanggungjawab. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI