fbpx

Minggu depan bakal tentu nasib Eriksen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIKSEN perlu menjalani sesi pemeriksaan kesihatan bersama Inter minggu depan untuk memastikan tahap kesihatan jantungnya. – AFP

MILAN – Kapten Denmark, Christian Eriksen dilaporkan akan kembali ke Inter Milan minggu depan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selepas hampir dua bulan sejak dia di­serang masalah jantung pada aksi Euro 2020 lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu menjalani pemulihan di Copenhagen selepas dibenar meninggalkan hospital bulan lalu.

Menurut laporan, Eriksen akan kembali ke Inter dan menjalani ujian terperinci mengenai masalah ritma jantung yang tidak normal dialaminya bagi mengetahui punca sebenar sehingga menyebabkan dia rebah di padang ketika saingan Euro tersebut.

Ujian tersebut nanti juga akan memutuskan mengenai langkah yang bakal diambil untuk proses pemulihan serta peluangnya untuk kembali bermain bola sepak.

Ekoran masalah degupan yang tidak normal itu menyebabkan Eriksen terpaksa menggunakan implantable cardioverter defibrillator (ICD) pada jantungnya untuk memberikan kestabilan.

Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) sebelum ini mendedahkan bahawa Eriksen tidak akan dibenarkan ber­aksi dalam semua saingan bola sepak di negara itu termasuk Serie A sekiranya terpaksa menggunakan ICD.

Dia juga perlu mendapat pengesahan daripada pakar bahawa bebas daripada semua masalah jantung kerana meng­ikut peraturan di negara ber­kenaan, semua ahli sukan termasuk pemain bola sepak tidak dibenarkan beraksi sekiranya berdepan masalah tersebut.

Eriksen telah membuat 60 penampilan bersama Inter sejak meninggalkan Tottenham Hotspur 18 bulan lalu selain membantu kelab Itali itu menjuarai gelaran Serie A selepas kemarau selama 11 tahun.

Bersama Spurs selama enam setengah tahun menyaksikan Eriksen sudah membuat 300 penampilan untuk kelab dari uta­ra London itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI