fbpx

228 individu ditahan, 67 premis diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 228 individu ditahan dengan seramai 222 dikompaun manakala enam lagi direman.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 67 premis yang meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan juga diarahkan tutup pasukan Task Force Operasi Pematuhan kerana didapati ingkar SOP.

“Pasukan tersebut semalam melakukan pemeriksaan ke atas 2,025 kilang, 15,573 premis perniagaan, 923 tapak pembinaan dan 367 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hishammuddin, hanya seorang pendatang asing tanpa izin ditahan dan lima kenderaan darat disita semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19.

Menyentuh isu kuarantin wajib, katanya, seramai 686 individu tiba di tanah air semalam dengan jumlah kumulatif seramai 259,203 diarahkan menjalani proses mandatori itu sejak 24 Julai 2020 lalu.

“Sejumlah 9,159 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 83 hotel serta 11 buah institusi latihan awam dan swasta di seluruh negara,” jelas Hishammuddin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 10 jenis bekalan barangan di 643 peruncit, 135 pemborong dan 32 pengilang termasuk melakukan sejumlah 1,848 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis yang terbabit didapati mematuhi peraturan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI