fbpx

Takut mati sebab Covid-19, Nikita Mirzani rajin solat tahajud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIKITA MIRZANI

JAKARTA – Selebriti terkenal Indonesia Nikita Mirzani berkata, dia kini menjadikan solat tahajud sebagai hobi terbaharunya yang diamalkan setiap hari kerana takut berdepan dengan kematian.

Ujarnya, dia mengamalkan solat tahajud setiap hari selepas melihat peningkatan jumlah kematian akibat Covid-19 di Indonesia sehingga berasa takut jika meninggal dunia kerana jangkitan wabak tersebut.

“Saya tidak tahu bila ajal saya akan tiba. Saya melihat ramai teman artis meningga dunia tiba-tiba sehingga membuatkan saya takut.

“Sejujurnya saya belum bersedia dan memperbanyakkan amal ibadah (solat tahajud) yang kini menjadi hobi terbaharu saya,” ujarnya.

Menurut Nikita, dia juga sudah mewasiatkan segala harta kepada anak-anaknya jika dia meninggal dunia.

“Pelaksanaan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) membuatkan saya sentiasa berfikir yang mati tidak boleh dijangka. Bila-bila masa saja nyawa kita boleh ditarik.

Tidak hanya menyiapkan wasiat, Nikita juga sudah mendaftarkan ketiga-tiga orang anaknya dengan insurans sebagai persediaan jika dia meninggal dunia suatu hari nanti.

“Setiap seorang akan mendapat wang sekitar 40 bilion rupiah (RM1.6 juta). Saya tidak mahu selepas saya mati nanti, anak-anak saya tidak mempunyai biaya untuk hidup. Harta saya tidak boleh diambil oleh sesiapa pun,” jelasnya.

Katanya, dia faham kehidupan sebagai seorang anak yatim piatu kerana membesar tanpa ibu dan bapa dengan tinggal bersama ibu saudaranya sehingga berusia 23 tahun. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI