fbpx

Penduduk anjur majlis perkahwinan dikompaun RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah di Kampung Padang, Mukim Gajah Mati didapati melanggar SOP apabila mengadakan jamuan makan sempena majlis perkahwinan tengah hari ini.

ALOR SETAR – Sikap degil seorang penduduk mengadakan jamuan makan sempena majlis perkahwinan di Kampung Padang, Mukim Gajah Mati di Pokok Sena dekat sini hari ini mengundang padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM4,000

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pasukan pemantau Ops Covid menerima aduan awam berhubung penganjuran majlis itu ketika sedang melakukan rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Pokok Sena kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

Katanya, pasukan tersebut terus ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah rumah di kampung berkenaan sedang mengadakan jamuan makan sempena majlis perkahwinan.

“Kita mendapati terdapat beberapa penduduk kampung yang turut menghadiri majlis itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, tuan rumah selaku penganjur majlis sosial itu seterusnya dikenakan kompaun RM4,000 oleh pasukan pemantau Ops Covid-19 berkenaan.

“Kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 4 Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 1988,” tambahnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI