fbpx

6 kluster ziarah raya, rentas negeri dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Enam kluster komuniti melibatkan aktiviti ziarah raya dan rentas negeri di Sabah, Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor antara kluster baharu yang dikesan hari ini.

Kluster tersebut ialah Kluster Lahat-Lahat di Tawau, Sabah (20 kes); Kluster Wakaf Stan di Kota Bharu, Kelantan dan Kubang Pasu, Kedah (lapan kes); Kluster Kampung Chenok Kadok di Kota Bharu dan Petaling, Selangor (13 kes); Kluster Kampung Mentera di Kota Bharu (24 kes); Kluster Dah Kampung Pokka di Padang Terap, Kedah (24 kes) serta Kluster Jalan Denai Enam di Johor Bahru, Johor (25 kes).

Menurut rumusan kluster baharu yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan, Kluster Lahat-Lahat melibatkan sebuah majlis sosial pada 19 Julai lalu di Kampung Lahat-Lahat, Pulau Sebatik, Wallace Bay, Tawau.

“Kes indeks adalah seorang lelaki berusia 31 tahun yang positif Covid-19 pada 25 Julai lalu hasil saringan merentas negeri.

“Dia bekerja di Selangor merentas negeri ke Sabah pada 13 Julai lalu,” katanya di sini hari ini.

Kluster Wakaf Stan pula melibatkan kes wanita berusia 26 tahun yang positif pada 26 Julai lalu dan mempunyai sejarah merentas negeri dari Kedah ke Kelantan pada 17 hingga 23 Julai.

“Seterusnya, Kluster Kampung Chenok Kadok dengan kes indeks wanita berusia 23 tahun yang positif pada 25 Julai dan bergejala pada 21 Julai.

“Wanita itu mempunyai sejarah merentas negeri dari Putrajaya ke Kelantan pada 17 hingga 21 Julai atas urusan menziarahi keluarga,” katanya.

Selain itu, Kluster Kampung Mentera melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi semasa perayaan dengan kes indeks lelaki berusia 36 tahun serta positif pada 27 Julai dan mempunyai gejala bermula pada 23 Julai.

“Kluster Dah Kampung Pokka juga melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi di Kampung Pokka, Kuala Nerang, Padang Terap sempena perayaan dengan kes indeks lelaki berusia 45 tahun yang positif pada 23 Julai sebagai kes jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) serta mula bergejala pada 20 Julai,” katanya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI