fbpx

Pengacara silih berganti adalah perkara biasa – Mira Filzah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA FILZAH

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Mira Filzah menjelaskan, sudah menjadi resam dalam sesebuah rancangan atau program televisyen apabila menyaksikan berlakunya penggantian posisi pengacara.

Begitu juga yang berlaku kepada dirinya apabila kedudukannya selaku pengacara program kewanitaan popular terbitan TV3, Nona akan digantikan oleh pelakon Amyra Rosli bermula 8 Ogos. 

Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Badioezaman, 28, berkata demikian ketika menjawab soalan daripada salah seorang pengikut Instagramnya yang bertanya mengapa dia kini tidak lagi bergelar pengacara Nona. 

“Banyak soalan tentang Nona! Tak ada apalah. Biasalah, pengacara bersilih ganti. Kalau tengok dalam Wikipedia, ada nama-nama pengacara terdahulu dan tahun mereka mengacara. Nona sentiasa tukar pengacara untuk pembaharuan,” katanya. 

Biarpun tidak lagi mengendalikan program tersebut, namun pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu bersyukur kerana dia agak lama berkhidmat selaku hos berbanding nama lain. 

Malah ujar Mira, episod yang akan bersiaran Ahad ini menampilkan kemunculan istimewa dirinya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penonton sebelum mengundur diri.

“Alhamdulillah, saya rasa saya bertahan agak lama dalam program ini. Penggambaran pertama pada Disember 2017. Pejam celik, nak hampir empat tahun dah!

“Episod minggu ini adalah episod terakhir saya. Minggu depan (8 Ogos), episod pertama yang dikendalikan pengacara baharu. Saya ada muncul sekejap untuk ucap selamat tinggal,” ujarnya. 

Selain Mira dan Normala Samsudin, antara nama lain yang pernah menjadi pengacara bagi program Nona yang mula bersiaran sejak 1991 ialah Datin Sri Norjuma Habib, Maya Karin, Vanida Imran, Fara Fauzana, Neelofa dan Fouziah Ghous. 

Program Nona menjadi salah satu rancangan yang melalui transformasi besar-besaran dilakukan TV3 termasuk Melodi dan Muzik-Muzik yang menyaksikan berlaku penggantian posisi pengacara.

habis. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI