fbpx

Dewan Rakyat: UK, Arab Saudi nyata sudi bekalan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan kini dalam perbincangan dengan beberapa buah negara yang telah menyatakan kesediaan untuk turut menyumbang bekalan vaksin kepada Malaysia seperti United Kingdom dan Arab Saudi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, negara sebelum ini menerima sumbangan vaksin dari beberapa negara iaitu Jepun, Amerika Syarikat dan China.

“Sehingga 26 Julai, jumlah vaksin diterima menerusi perolehan Kerajaan ialah sebanyak 23,884,920 dos.

“Sebanyak 1,085,790 dos telah diterima pada suku pertama, 8,906,530 dos telah dihantar pada suku kedua manakala bakinya adalah yang diterima pada bulan Julai ini,” katanya pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, seramai 16,133 orang sukarelawan bukan kesihatan telah menyumbang bakti dalam pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin di seluruh negara.

Katanya, jumlah tersebut merangkumi seramai 1,373 penjawat awam, sukarelawan bukan kesihatan MyVac (7,724), Angkatan Pertahanan Awam (3,275), Rela (2,902) dan Angkatan Tentera Malaysia serta Polis Diraja Malaysia (859). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI