fbpx
APA jua ruang, boleh diubah suai sebagai pentas fesyen artistik dan fantasi ekspresi pereka.

Pentas fesyen kini lebih fleksibel perkenal jenama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh FAIZAL HAMID

PERTUNJUKAN fesyen sama ada secara fizikal, digital atau virtual sememangnya memainkan peranan yang penting dalam industri fesyen global.

Ia memberi label atau jenama fesyen peluang luas untuk menyampaikan konsep, identiti dan visi koleksi rekaan untuk musim akan datang.

Pertunjukan fesyen juga adalah antara mekanisme jualan dan penjenamaan koleksi rekaan sangat efektif serta relevan dalam era globalisasi yang berubah-ubah.

Medium istimewa itu memberi peluang kepada pereka untuk mempamerkan rekaan terbaharu mereka.

Walaupun konsep pertunjukan fesyen berubah secara radikal sejak beberapa dekad, namun tujuannya masih sama iaitu untuk mendapatkan reaksi serta perasaan ingin tahu khalayak terhadap koleksi rekaan terbaharu, seterusnya menjana emosi ingin memiliki koleksi pakaian itu.

PARA pereka lebih berani bereksperimentasi serta menyuntik elemen kontemporari lebih segar dengan menggabungkan kemajuan teknologi dalam pertunjukan fesyen.

1. Pandemik Covid-19

Sejak kekangan pandemik Covid-19, para pereka lebih berani bereksperimentasi serta menyuntik elemen kontemporari yang lebih segar dengan menggabungkan kemajuan teknologi dalam pertunjukkan fesyen mereka.

Perkembangan teknologi yang progresif seperti konsep live streaming secara online turut memberi peluang lebih besar bagi pengikut industri fesyen untuk menonton dan menikmati pertunjukan dengan lebih mudah.

Kini pertunjukan fesyen dirakam atau difilemkan untuk tujuan promosi.

2. Bajet pertunjukan

Jangka masa perancangan untuk mengadakan pertunjukan fesyen bergantung kepada skala dan bajet tertentu.

Pakar terlibat dengan pengurusan acara itu akan mengambil kira segala aspek produksi seperti set, penataan lampu, pentas, model serta pelbagai lagi.

Jika dilakukan dengan betul, pertunjukan fesyen dapat menyampaikan ekspresi visi musim terbaharu koleksi sesuatu jenama dengan jelas, menarik, penuh inspirasi serta memukau perhatian.

JANGKA masa perancangan untuk mengadakan pertunjukan fesyen bergantung kepada skala dan bajet tertentu.

3. Pentas fesyen

Stesen kereta api, wad hospital, lapangan terbang, dan dewan bankuet boleh diubah suai sebagai pentas fesyen artistik dan fantasi ekspresi pereka.

Ia membantu memberikan lebih gambaran konsep koleksi pereka atau jenama kepada khalayak.
Ini khususnya mereka yang berpengaruh dalam industri fesyen seperti media, pembeli serta penganalisis trend.

Tahap produksi fesyen skala besar hanya sesuai untuk jenama haute couture, ready-to-wear dan juga label bebas yang ada sumber kewangan kukuh atau menerima sumbangan tajaan komersial.

4. Memperkenal koleksi baharu

Skala pertunjukan kecil selalunya diadakan di hotel, gedung beli-belah, butik dan galeri.

Walaupun kurang formal, tujuannya sama iaitu memperkenalkan koleksi baharu serta menerangkan tentang bagaimana penggayaan trend terkini termasuk aksesori, tata rias wajah, warna dan fabrik.

Pertunjukan fesyen global menjadi penanda aras terbaik bagi pereka mempersembahkan visi fesyen mereka.

Ia dibuat dengan interpretasi penuh imaginasi serta konsep luar jangkaan.

———————————————————————————————————————
FAIZAL HAMID ialah Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN