fbpx

Lelaki murung ditemui lemas dalam tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamatkan mangsa yang dikhuatiri lemas di kawasan tali air Kampung Simpangan, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Hajat seorang lelaki yang mengalami kemurungan untuk berubat di rumah bapa saudaranya tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas di dalam tali air di Kampung Simpangan di sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Sakri Ashari, 26, yang berasal dari Kampung Paya Ular Bunut Susu, Pasir Mas pergi ke rumah bapanya saudaranya seorang diri.

Menurut sumber, mangsa dikatakan mahu berubat masalah kemurungannya dengan pengamal perubatan tradisional di kampung berhampiran rumah bapa saudaranya.

Katanya, bagaimanapun, mangsa tidak muncul sehingga menyebabkan bapa saudaranya pergi mencari lelaki itu di kawasan berhampiran rumahnya kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Mangsa didapati tiada di rumah, namun bapa saudaranya menemui seliparnya di kawasan tali air berhampiran rumahnya kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Pihak bomba telah menjalankan operasi menyelamat dan mangsa ditemui kira-kira pukul 3.10 petang tadi,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tumpat sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI