fbpx

Isu fitnah Siti Nordiana – 5 sekawan serah kepada peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYURA, Lan Solo bersama tiga lagi individu menyerahkan tindakan susulan untuk diputuskan peguam berhubung isu fitnah seperti didakwa Siti Nordiana.

PETALING JAYA – Genap 48 jam dituntut membuat permohonan kepada Siti Nordiana berhubung isu fitnah, lima sekawan termasuk Lan Solo dan isterinya, Nur Sheila Hassim bersama tiga lagi penama lain menyerahkan tindakan selanjutnya kepada peguam, semalam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan media secara bersama yang turut mewakili penyanyi Syura Badron, jurusolek, Aida G; dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.

Masing-masing mengakui sudah menerima notis yang dikemukakan penyanyi lagu Hati Mu Miliki itu menerusi peguam Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates.

“Kami ambil maklum tentang tindakan notis tuntutan yang telah di ambil oleh pihak Siti Nordiana terhadap kami berlima.

“Kami juga telah menyerahkan perkara ini kepada peguam kami untuk tindakan selanjutnya.

Apa-apa tindakan atau respons yang bakal menyusul, akan kami maklumkan berdasarkan nasihat daripada peguam kami,” kata mereka.

Terdahulu, Siti Nordiana memberi tempoh selama 48 jam kepada lima individu itu membuat permohonan maaf berhubung isu tuduhan fitnah yang dilemparkan kepadanya menerusi satu sesi siaran langsung Instagram pada 20 Julai lalu melibatkan mereka berlima.

Jika gagal berbuat demikian, mereka bakal berdepan tuntutan saman atas dakwaan menyebarkan fitnah sehingga menjejaskan nama dan reputasi Siti Nordiana atau Nana sebagai artis.

Pada sesi IG Live  berkenaan, Nur Sheila mendakwa, Nana dan pengurusnya, Anas Osman menyebarkan cerita tidak baik mengenainya dan Lan kepada rakan, selain menuduh mereka menumpang populariti penyanyi itu.

Dakwa Nur Sheila lagi, hampir semua kenalan di stesen televisyen bercakap perkara sama dan bertanya mengenai isu perbalahan mereka.

Susulan itu Nana melalui peguamnya membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sekitar pada 23 Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI