fbpx

Bekas Timbalan YDP pula ditahan makan suap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas Timbalan YDP yang ditahan SPRM berhubung sindiket kartel projek bernilai puluhan juta di Selangor dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman.

PUTRAJAYA – Seorang Setiausaha Bahagian di sebuah agensi kerajaan negeri Selangor ditahan reman bagi membantu siasatan kes membolot projek bernilai jutaan ringgit di negeri itu semasa suspek menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua (YDP) majlis di sebuah daerah sejak 2015 hingga tahun lalu.

Lelaki berusia 42 telah direman selama lima hari bermula hari ini selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, suspek telah ditahan malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Menurut sumber, suspek dipercayai menerima pelbagai jenis suapan daripada kontraktor seperti pembiayaan kos pengubahsuaian rumah bernilai kira-kira RM18,000, wang tunai anggaran RM38,000 serta deposit kereta mewah sebanyak RM75,000.

“Selain itu, suspek dikatakan turut menerima bayaran bulanan kira-kira RM3,000 sebulan sejak 2018 hingga kini.

“Pada masa suspek dipercayai menerima bayaran pembelian televisyen dan jam mewah sebagai balasan untuk membantu syarikat-syarikat milik kontraktor mendapatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, penyelenggaraan, lain-lain kerja secara sebut harga dan tender di sekitar Selangor,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI