fbpx

Tiga bot nelayan dirampas di perairan Bagan Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan yang dirampas kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk membina tangki minyak tambahan di perairan Bagan Datuk pagi tadi.

LUMUT – Tiga bot nelayan yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta dirampas selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk menambah struktur tangki simpanan minyak di perairan Bagan Datuk pagi tadi.

Rampasan itu dilakukan sepasukan anggota bot ronda Cawangan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Perak ketika melakukan pemantauan vesel di perairan Rungkup, Bagan Datuk, kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Kampung Acheh, Mansor Yobe berkata ketiga-tiga bot nelayan itu dikesan melanggar syarat lesen di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

“Pemeriksaan mendapati terdapat lapan warga Myanmar berusia antara 37 hingga 45 tahun bekerja dengan dua bot masing-masing menggunakan tiga pekerja dan sebuah bot ada dua pekerja, tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan.

“Ketiga-tiga bot yang dikesan pada kedudukan antara 5.11 hingga 7.2 batu nautika itu melakukan kesalahan kerana menangkap ikan kurang lapan batu nautika dari pantai atau pulau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mansor yang mengetuai operasi itu, ketiga-tiga bot turut melakukan kesalahan menggunakan saiz mata pukat kurang 38 milimeter.

Katanya lagi, sebuah daripada bot itu didapati memiliki struktur tetap simpanan bahan api di bahagian depan rumah kemudi vesel tersebut.

“Struktur tetap simpanan bahan api atas dek rumah kemudi bermaksud binaan tambahan untuk bahan api dan ini tidak dibenarkan kerana boleh berlaku penjualan bahan api bersubsidi selain bagi tujuan yang diragui,” jelasnya.

Kesemua bot tersebut bersama pelbagai jenis ikan 300 kilogram dibawa ke Jeti Jabatan Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI