fbpx

Macam sarung bantal – Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE TA (kanan) berpendapat corak pada busana perbarisan kontinjen Malaysia dilihat seperti ulat dan rekaan sarung bantal.

PETALING JAYA – Sejak semalam, ramai yang menyuarakan pendapat dan melemparkan kritikan terhadap rekaan pakaian perbarisan kontinjen Malaysia pada acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2021 kelmarin.

Tidak ketinggalan, pelakon popular Rozita Abu Bakar, 48, atau lebih dikenali sebagai Che Ta turut mempersoalkan busana yang dipakai kontinjen negara tersebut.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai peruntukan atau bajet ke bagi menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan untuk mereka pakaian kontinjen negara di acara sukan tersebut?

“Sekali lihat, corak pada bahagian kain seperti ulat. Dua kali tengok, macam sarung bantal pula walaupun katanya persis kerusi stadium,” komennya dalam InstaStory semalam.

Sehingga kini, masih ramai yang memperdebatkan rekaan dan corak pada busana tersebut.

Ada juga yang menyamakan rekaan tersebut sama seperti warna dengan watak anime robot Jepun terkenal, Gundam.

Semalam, Kosmo! turut melaporkan cef selebriti terkenal, Cef Wan turut menyamakan busana berkonsepkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita tersebut seperti badut, disebabkan paduan warna kuning dan merah.

Difahamkan, pakaian kontinjen negara hasil rekaan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu bertemakan bertemakan Laksamana Hang Tuah manakala warnanya pula diinspirasikan daripada empat warna Jalur Gemilang. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI