fbpx

SPRM tahan seorang lagi DO, juruukur bahan makan suap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Susulan penahanan tiga individu termasuk dua bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua lagi individu iaitu seorang pegawai daerah (DO) bersama seorang juruukur bahan.

Kedua-dua suspek terlibat direman selama lima hari bermula hari ini selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua individu terlibat telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 9 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

“Suspek terlibat dipercayai bersekongkol bersama syarikat kontraktor yang merupakan sindiket kartel projek bagi membolot projek-projek bernilai puluhan juta ringgit di sekurang-kurangnya empat daerah di Selangor sejak 2012,” katanya.

Katanya, dalam tempoh empat tahun di sebuah daerah sahaja, kontraktor terlibat boleh memperoleh pelbagai projek bernilai anggaran RM20 juta.

Difahamkan, terdapat kira-kira 70 syarikat yang digunakan untuk membolot projek-projek tersebut termasuk kira-kira 16 syarikat milik keluarga mereka dan selebihnya merupakan kroni atau proksi.

“Kontraktor-kontraktor ini akan menjaga dan berdampingan dengan pegawai-pegawai terlibat seperti menaja bermain golf dan bercuti ke luar negara dengan membiayai perbelanjaan sekeluarga,” katanya.

Kata sumber itu lagi, DO di Selangor yang direman hari ini dipercayai telah menerima suapan bernilai anggaran kira-kira RM125,000 dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, pengubahsuaian rumah, deposit kereta dan bayaran perubatan.

Sementara itu, sumber berkata, juruukur bahan itu pula dipercayai telah memperoleh suapan sebanyak satu peratus daripada nilai projek selain wang tunai anggaran RM90,000 dan sebuah basikal bernilai RM3,000. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI