fbpx

Long Tiger akan didakwa di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Long Tiger akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak, esok.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berketurunan Rohingya bergelar Long Tiger yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam jenayah mengurung seorang bekas pekerjanya akan didakwa esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 35, akan dituduh di Mahkamah Majistret Tangkak dekat sini.

Menurutnya, lelaki itu akan dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah.

“Kertas siasatan sudah siap untuk tuduh di Mahkamah Majistret Tangkak esok.

“Timbalan Pendakwa Raya sudah bersetuju untuk tuduh dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Kosmo! 14 Julai lalu melaporkan Long Tiger ditahan polis itu selepas disyaki mengurung seorang bekas pekerjanya yang berusia 21 tahun.

Lelaki berketurunan Rohingya itu ditahan di sekitar daerah Muar pada pukul 9.45 malam, 11 Julai lalu dan suspek juga memiliki banyak rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI