fbpx

Premis tawar urutan berahi ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah premis yang dikenakan tindakan penutupan selepas didapati menawarkan perkhidmatan seks

KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga buah premis yang masih berdegil menjalankan aktiviti maksiat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan tindakan penutupan di sini hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, tindakan penutupan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 101(1)(v) 1976, Akta Kerajaan Tempatan.

“Tindakan penutupan ke atas tiga premis tersebut dilakukan selepas mendapati mereka menjalankan aktiviti tidak bermoral seperti urutan seks.

“Kita juga telah menyita pelbagai barangan seperti kondom, minyak pelincir dan alat perakam video ketika serbuan dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, DBKL turut menjalankan pemeriksaan ke atas 434 buah premis melibatkan aktiviti perhotelan, pusat urut, perniagaan restoran, kedai runcit, pasaraya, kedai barangan am menerusi Ops Patuh bermula 16 Julai hingga semalam.

“Sebanyak 10 notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta 342 kerana pelbagai kesalahan terhadap pemilik premis dan syarikat yang ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP)Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ops Patuh DBKL ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikuatkuasakan.

“Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta SOP DBKL dan Kementerian Kesihatan (KKM),” jelasnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI