fbpx

IHP Jun 2021 naik 3.4 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir

PETALING JAYA – Indeks Harga Pengguna (IHP) menunjukkan peningkatan sebanyak 3.4 peratus pada Jun lalu kepada 123.2 berbanding 119.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, IHP kekal positif untuk bulan kelima berturut-turut sejak Februari 2021 disebabkan kesan asas yang rendah pada tahun lalu akibat penyusutan harga bahan api untuk kenderaan persendirian.

“Kumpulan Pengangkutan merupakan penyumbang utama sebanyak 16.6 peratus diikuti Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (3.2 peratus), Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (2.0 peratus) serta Makanan dan Minuman Bukan Alkohol sebanyak 1.3 peratus.

“Bagi perbandingan bulanan, IHP turut meningkat 0.1 peratus berbanding Mei lalu dengan peningkatan itu disumbangkan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (0.3) peratus dan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan sebanyak 0.1 peratus,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, momentum perlahan tersebut adalah kesan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan penutupan operasi bagi sektor bukan perlu yang dilaksanakan sepanjang Jun tahun ini namun ia sedikit sebanyak meredakan tekanan inflasi.

Menurutnya, tujuh negeri iaitu Terengganu (4.4 peratus), Kelantan (4.1 peratus), Pahang (3.9 peratus), Perak (3.6 peratus), Selangor serta Wilayah Persekutuan Putrajaya (3.5 peratus), Negeri Sembilan (3.5 peratus), Kedah dan Perlis (3.5 peratus) menunjukkan peningkatan melepasi paras IHP nasional 3.4 peratus pada Jun 2021 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Kesemua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol dengan kenaikan tertinggi dicatatkan Terengganu sebanyak 2.0 peratus diikuti Selangor serta Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.9 peratus), Kelantan (1.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.4 peratus). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI