fbpx

Bayaran i-Citra bermula 2 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa bayaran bagi i-Citra akan dibuat secara berperingkat kepada ahli bermula 2 Ogos ini.

Menerusi satu kemaskini di laman Facebook rasminya, KWSP menjelaskan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

“Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut,” kata kemaskini tersebut.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 28 Jun lalu melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tentang pengenalan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban ahli KWSP.

Beliau berkata, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Permohonan i-Citra mula dibuka pada 15 Julai lalu secara online di icitra.kwsp.gov.my. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI