fbpx
Mohd. Jaafar (tiga dari kanan) dan Woei Yeh (kiri) bergambar bersama kepimpinan tertinggi Haily pada sesi penyenaraian Kumpulan di Bursa Malaysia semalam.

Saham Haily catat premium 11 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Haily Group Bhd. (Haily) memulakan dagangan di pasaran ACE Bursa Malaysia semalam pada harga 79 sen sesaham, dengan catatan premium 11 sen atau 16.18 peratus lebih tinggi daripada tawaran awam permulaan (IPO) nya pada 68 sen sesaham.

Haily merupakan syarikat kontraktor dalam pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman, khususnya di negeri Johor.
Ia turut terbabit dalam bidang penyediaan sewaan mesin pembinaan.

IPO Kumpulan yang melibatkan terbitan awam sebanyak 30 juta saham menjana hasil kasar sebanyak RM20.4 juta, dengan penawaran 8.92 juta saham kepada orang awam.

Saham Kumpulan telah terlebih langganan sebanyak 38.81 kali.

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Haily, Mohd. Jaffar Awang (Ismail) berkata, sejak 2008, Haily telah menyiapkan sejumlah 65 projek pembinaan bangunan dengan nilai kontrak sebanyak RM1.29 bilion.

“Kini, kami mempunyai 18 projek pembinaan bangunan dan dua projek pembinaan berkaitan kejuruteraan awam, dengan ke­seluruhan nilai kontrak terjamin serta nilai kontrak belum dibil pada 10 Jun 2021 masing-masing berjumlah RM460.04 juta dan RM249.58 juta,” katanya dalam majlis penyenaraian yang diadakan secara maya semalam.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pengarah Eksekutif Haily, Yoong Woei Yeh ketika mengulas mengenai isu hartanah tidak terjual di Johor berkata, masalah tersebut lebih tertumpu kepada kediaman bertingkat, sedangkan pihaknya memfokuskan kepada kediaman bertanah.

Tambah beliau, prospek hartanah di Johor masih dianggap baik kerana kedudukannya yang terletak bersebelahan Singapura serta turut disokong permintaan daripada warga Malaysia yang bekerja di seberang tambak serta pelabur dari negara jiran.

“Kami masih fokus kepada kediaman bertanah, namun ia mungkin akan berubah bergantung kepada permintaan
pasaran,” katanya.

POPULAR