fbpx

Persediaan paling sempurna untuk Azizulhasni ke Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHAKARI percaya Azizulhasni mempunyai peluang cerah memburu kilauan emas pertama buat Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

PERSIAPAN Datuk Azizulhasni Awang untuk memburu kilauan emas pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik menerusi acara berbasikal trek kali ini berada pada tahap paling sempurna ketika saingan temasya sukan terbesar itu membuka tirai secara rasmi pada Jumaat ini.

Pandangan itu diutarakan sendiri pengurus pasukan, Datuk Ashakari Abu Noor selepas melihat Raja Keirin 2017 itu, termasuk rakan sepelatih Shah Firdaus Sahrom tidak dibelenggu sebarang masalah kesihatan sepanjang berada di kem latihan.

“Kami adakan pertemuan dan perbincangan ringkas yang patuh kepada prosedur operasi standard (SOP). Dalam pertemuan itu, Azizulhasni tegaskan betapa inilah kem latihan paling sempurna untuknya.

“Ini kerana Azizulhasni dan Shah Firdaus tidak dibelenggu sebarang masalah khususnya penyakit seperti demam atau selsema.

“Sebagai pengurus pasukan, saya melihat senario sebagai satu petanda positif kepada Azizulhasni dan pasukan trek negara secara keseluruhan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan kedua-dua atlet terbabit, termasuk jurulatihnya, John Beasley di hotel penginapan pasukan trek negara di Nilai, semalam.

Pada pertemuan tersebut, Ashakari yang pernah menjadi pengurus pasukan ke Sukan Asia 2014 ketika Azizulhasni menggondol pingat emas Sukan Asia, turut menyerahkan sumbangan bernilai lebih RM20,000 kepada skuad berbasikal trek kebangsaan.

Menurutnya, penajaan itu diberikan oleh syarikat ternama, Harp Tech Solution (M) Sdn. Bhd. dan ia merupakan sumbangan kali keempat yang diterima daripada syarikat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI