fbpx
AHMAD FEDTRI berkongsi pengetahuan dan pengalamannya di Palestin.

Orang Palestin sensitif isu anak yatim – Ahmad Fedtri Yahya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pengacara dan personaliti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi pengalamannya sewaktu ke Palestin dengan mendedahkan bahawa isu anak yatim sebenarnya amat sensitif dalam kalangan masyarakat di sana.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Twitter miliknya, Fedtri berkata sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Palestin beberapa tahun lalu, dia bersama kumpulannya telah merancang untuk mendirikan sebuah kompleks anak yatim di negara bergolak tersebut.

“Awal-awal ke Palestin dahulu, kami beria-ia cadang supaya diwujudkan kompleks anak yatim di sana. Rupanya isu anak yatim ini sensitif. Tidak tahu pula.

“Orang di sana (penduduk Palestin) jelaskan persaudaraan mereka sangat kuat seperti adik-beradik. Kalau ada yang yatim (kanak-kanak), saudara-mara akan jaga,” tulisnya dalam Twitter.

Ujar pengacara program Malaysia Hari Ini itu lagi, dia baru tahu bahawa masyarakat Palestin merasakan seperti satu keaiban buat diri mereka sekirangnya rumah anak yatim banyak dibina di sana, seolah-olah menunjukkan mereka tidak mengambil peduli tentang nasi banak-anak yatim.

“Seperti sati keaiban jika bertambah rumah anak yatim seolah-olah saudara-mara tidak ambil peduli. Baru tahu, lain tempat, lain situasi, adat, budaya dan sensitiviti.

“Pengalaman mematangkan. Lain negara, lain caranya,” ujar Fedtri.

Dalam hantaran tersebut, Fedtri turut berkongsi pengalamannya ketika menjalani penggambaran Jejak Rasul apabila beberapa rakaman yang telah dibuat terpaksa dipadamkan atas permintaan masyarakat di sana.

Ujarnya, penduduk di Palestin tidak begitu gemar jika ada beberapa perkara dalam kehidupan mereka dirakam seolah-olah mengaibkan mereka.

“Sama seperti penggambaran Jejak Rasul. Visual dan rakam sangat cantik tapi terpaksa dipadam sebab seperti mengaibkan mereka. Tapi kita harus hormat permintaannya,” katanya.

Bahkan, Fedtri turut berkata bahawa pengalaman kamera dirampas ketika berada di Palestin juga merupakan perkara biasa yang perlu dilaluinya.

“Ada harinya, sampai 10 kali kena (kamera dirampas). Masalah timbul bila tidak boleh berkomunikasi (masalah komunikasi). Macam ayam dengan itik,” katanya.

Terdahulu, negara digemparkan dengan pendedahan Caprice yang mendakwa pasukan Ustaz Ebit Lew yang berada di Gaza, Palestin sudah menconteng arang terhadap imej negara apabila memburukkan nama Malaysia dengan tindak-tanduk yang tidak sewajarnya.

Antara dakwaan Caprice termasuklah masyarakat Arab, terutamanya rakyat Palestin tidak selesa apabila Ebit mengambil atau merakam gambar menunjukkan wajah mereka terutama anak-anak kecil saat menghulurkan bantuan. -K! ONLINE