fbpx

Ibadah haji jemaah Malaysia selesai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah wanita berjalan di kawasan Masjidil Haram berlatar belakangkan Menara Jam Mekah. - FOTO IHSAN : AHMAD NAJHAN HASSIM

PETALING JAYA – Kembara ibadah haji rakyat Malaysia yang berada di tanah suci Mekah berakhir hari ini.

Seorang jemaah haji rakyat Malaysia, Nurul Arifah Mohd. Yusof, 26, berkata, dia bersyukur pelaksanaan ibadah hajinya sudah selesai dan sedang menunggu untuk pulang ke rumah yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit dari Mina.

“Alhamdulillah sudah selesai kerja-kerja haji kira-kira pukul 10.30 pagi tadi (3.30 petang waktu Malaysia). Hari ini cuaca sedikit berangin dengan suhu sekitar 33 darjah Celsius,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Nurul Arifah tinggal di Mekah sejak 2017 kerana mengikut suaminya, Ku Ahmad Muhsin Ku Md. Ali yang merupakan pelajar di Universiti Ummul, Al-Qura.

Seorang lagi jemaah haji dari Malaysia, Ahmad Najhan Hassim, 30, berkata, dia bersiap sedia menaiki bas selepas solat Zohor bagi melaksanakan tawaf wada di Mekah dan dijangka keluar meninggalkan tanah haram sebelum Maghrib untuk pulang ke Jeddah hari ini.

“Alhamdulillah sudah selesai melontar jamrah pagi tadi. Jika diikutkan lebih afdal melakukannya selepas solat Zohor. Tetapi bimbang terlepas bas yang akan membawa kami ke Mekah nanti.

“Perjalanan sangat lancar walaupun prosedur operasi standard (SOP) agak ketat. Bagi saya lebih teratur. Kami merasakan betul-betul seperti tetamu istimewa. Bas yang membawa jemaah diiringi kereta peronda polis. Allahuakbar,” ujar jururawat di Hospital Pakar King Faisal itu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI