fbpx

Beruang matahari keluar cari makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kemunculan beruang matahari di sekitar Sungai Panjang, Sabak Bernam hari ini.

SHAH ALAM – Kemunculan seekor beruang matahari di sekitar Sungai Panjang, Sabak Bernam dekat sini berkemungkinan bagi mencari makanan terutama madu kelulut dan madu lebah.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Haidar Khan Mokbolhasan berkata, kawasan tersebut merupakan habitat bagi haiwan tersebut tambahan berhampiran dengan ladang kelapa sawit dan Hutan Simpan Kekal Sungai Karang yang mempunyai sumber makanannya.

“Lokasi itu adalah kawasan lintasan hidupan liar atau keliaran beruang matahari. Sudah menjadi sifat semulajadi haiwan ini untuk merayau.

“Jadi, kita nasihatkan orang ramai supaya memandu berdasarkan had laju yang ditetapkan di kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang kemalangan tidak diingini berlaku sama ada kepada beruang dan pengguna jalan raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penularan video berdurasi 48 saat di laman sosial Facebook semalam yang memaparkan seekor beruang matahari berkeliaran di sebuah lokasi di Sungai Panjang, Sabak Bernam.

Menurut Haidar, haiwan tersebut adalah atau nama saintifiknya Helarctos Malayanus merupakan spesies mamalia yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan spesifik jumlah populasi beruang matahari di kawasan tersebut.

“Berdasarkan video tersebut, beruang matahari itu berdiri berkemungkinan atas dua sebab iaitu mengaru belakang badannya dan pada masa sama berasa terancam dengan kehadiran manusia,” katanya.

Mengulas lanjut, Haidar memberitahu, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada pengguna laman sosial itu kerana tidak mendedahkan lokasi sebenar kemunculan beruang matahari itu disebabkan mungkin ada pemburu haram menyaksikannya.

“Kita sentiasa memantau dan orang ramai yang mengesyaki sesuatu aktiviti tidak bertanggungjawab mengancam habitat beruang matahari itu boleh menghubungi talian bebas Perhilitan di 1-800-88-5151 ,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI