fbpx

Sanggup gendong warga emas positif Covid-19 dapatkan rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis tersebut menggendong seorang warga emas yang disyaki dijangkiti Covid-19. – Suara.com

JAKARTA – Seorang petugas barisan hadapan di Indonesia menyentuh hati netizen dengan menggendong seorang pesakit Covid-19 menaiki perahu dan menyeberangi sungai demi mendapatkan rawatan di hospital, lapor laman berita Suara.com semalam.

Dalam satu gambar yang tular, anggota polis bernama Bripka Dedek Kurniawan itu dilihat memakai sut perlindungan diri (PPE) sambil menggendong seorang warga emas yang dilaporkan positif Covid-19.

Menurut Ketua Polis Indragiri Hilir, Dian Setyawan, anggota tersebut sebelum itu mendapat maklumat bahawa terdapat seorang penduduk yang perlu dibawa ke hospital kerana disyaki dijangkiti Covid-19.

“Pesakit warga emas itu dilaporkan mengalami sesak nafas, namun tiada seorang pun yang berani mengangkatnya untuk dibawa ke hospital.

“Justeru, anggota kami tampil untuk membantu pesakit tersebut bagi mendapatkan rawatan.

“Disebabkan perlu melintas sungai, mereka terpaksa menaiki perahu dan Bripka perlu menggendong pesakit berkenaan susulan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan,” katanya.

Tambah Dian, situasi seumpama itu merupakan perjuangan dan risiko yang perlu dihadapi oleh pekerja barisan hadapan.

“Kami akan sentiasa memastikan agar langkah-langkah pencegahan penularan Covid-19 dilakukan secara menyeluruh kerana semua anggota kami telah pun divaksin,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI