fbpx

Dikompaun RM2,000 ziarah kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan seorang lelaki menziarahi kubur di Felda Palong 12 dan 13 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pagi semalam mengundang padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM2,000. - Foto IHSAN POLIS

JEMPOL – Tindakan seorang lelaki menziarahi kubur sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pagi semalam mengundang padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan oleh pasukan khas pematuhan SOP fasa satu perintah kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) jam 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13.

Menurutnya, pihak polis mendapati lelaki berkenaan datang bersama dua lagi anak saudaranya iaitu perempuan berusia tiga tahun dan lelaki berusia lima tahun ke tanah perkuburan tersebut bagi tujuan ziarah.

“Berikutan menziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan, lelaki itu dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI