fbpx

AS lancar serangan udara ke atas Somalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serangan tersebut menyasarkan kumpulan pejuang Al-Shabaab di Somalia. - Al-Jazeera

GALKAYO, SOMALIA – Tentera Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan udara ke atas Somalia dengan menyasarkan kumpulan pejuang Al-Shabaab, semalam.

Serangan udara itu adalah yang pertama sejak Presiden Joe Biden mengambil alih pentadbiran Pentagon.

Menurut jurucakap Pentagon, Cindi King, serangan tersebut disasarkan ke arah 700 kilometer dari timur laut Mogadishu.

“Kesan akibat serangan masih dinilai disebabkan pertempuran berterusan antara tentera al-Shabaab dan tentera Somalia.

“Bagaimanapun, penilaian awal menunjukkan tiada orang awam tercedera atau terbunuh akibat serangan ini,” ujarnya.

Serangan di Somalia itu adalah yang pertama dilakukan tentera AS sejak 19 Januari lalu apabila Pangkalan Perintah AS Afrika (Africom) mengumumkan ia telah membunuh tiga tentera al-Shabaab dalam dua serangan di Jamaame and Deb Scinnele.

Biden yang memulakan tugasnya pada keesokan harinya kemudiannya mengeluarkan arahan untuk mengehadkan penggunaan dron bagi memerangi kumpulan-kumpulan pejuang di luar kawasan perang AS. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI