fbpx

Al-Shabaab tawan helikopter PBB di Somalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOGO PBB dilihat di ibu pejabat badan dunia berkenaan di New York pada 4 Oktober 2023. – AFP

MOGADISHU – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan semalam bahawa sebuah helikopternya ‘terhempas’  di Somalia dan beberapa penumpang dijadikan tebusan oleh kumpulan militan Al-Shabaab.

Helikopter itu membawa sembilan penumpang dan kru apabila ‘terhempas semasa mendarat cemas’, kira-kira 70 kilometer ke  tenggara Dhusamareb yang menjadi  ibu kota negeri Galmudug, tengah Somalia, demikian menurut memo PBB yang dilihat oleh AFP.

Nahas berlaku di wilayah yang dipercayai berada di bawah kawalan Al-Shabaab. Seramai enam penumpang dilaporkan dijadikan tebusan oleh kumpulan  militan itu.

Menurut maklumat yang dilihat AFP, seorang penumpang terbunuh tetapi punca kematiannya belum diketahui, manakala dua lagi melarikan diri ke lokasi tidak diketahui.

Mereka ialah kontraktor pihak ketiga dan bukan kakitangan PBB, kata memo sama. Seorang  warga Somalia terlibat dalam nahas tersebut, manakala kewarganegaraan yang lain tidak dinyatakan.

“Semua penerbangan PBB di rantau itu digantung sementara sehingga diberitahu kelak,” katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan itu, jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata, nahas tersebut  melibatkan helikopter kontrak PBB dan berlaku kelmarin di Galmudug, Somalia”.

“Usaha tindak balas sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita di New York.

Al-Shabaab mengetuai pemberontakan berdarah selama 16 tahun menentang kerajaan pusat yang lemah di Mogadishu. Kerajaan Somalia gagal menewaskan kumpulan pemisah Al-Shabaab walaupun mendapat sokongan tentera asing.

Kumpulan itu masih menguasai sebahagian besar kawasan luar bandar di Somalia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI