fbpx

Terima kasih tumpangkan mereka – netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki bersama anak perempuannya yang telah ditumpangkan oleh pemandu pacuan empat roda selepas motosikal dinaiki mereka rosak ditepi jalan.

PETALING JAYA- Tindakan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda menumpangkan motosikal seorang lelaki yang mengalami rosak ditepi jalan meraih pujian orang ramai di media sosial.

Lebih menyayat hati, penunggang itu tidak keseorangan kerana turut bersamanya adalah seorang kanak-kanak perempuan yang diletakkan di dalam bakul motosikal.

Walaupun pertolongan itu nampak biasa bagi sesetengah orang, namun ketika mengalami kesulitan seperti lelaki itu, bantuan yang dihulurkan pemandu itu cukup berharga.

Apatah lagi, jika kejadian itu jauh daripada kawasan perumahan atau kampung mahupun bengkel yang boleh membaiki motosikal.

Menerusi klip video berdurasi 23 saat yang dikongsi di laman Facebook Nibong Tebal Kini itu, kelihatan seorang lelaki sedang menolak motosikalnya ketika cuaca panas.

Susulan itu, pemandu tersebut telah memberhentikan kenderaannya dan telah ‘menumpangkan’ mereka dengan meletakkan motosikal di bahagian belakang kenderaan itu.

Difahamkan, pemandu pacuan empat roda itu kemudiannya menghantar kedua-dua mereka sehingga ke rumah.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kawasan sekitar Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Sehingga pukul 3 petang tadi klip video berkenaan ditonton lebih 5,700 kali dan dikongsi lebih 17 kali.

Rata-rata pengguna memuji tindakan pemandu pacuan empat roda tersebut dan berdoa agar lelaki itu sentiasa dimurahkan rezeki.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI