fbpx

Caprice disakat netizen, diminta kahwin saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE

PETALING JAYA – Tindakan aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap popular, Caprice memadam hantaran gambar ‘poster’ pembongkaran yang kebobrokan misi kemanusiaan Palestin yang sepatutnya berlangsung esok mengundang skeprikal dan komen nakal netizen dengan dakwaan tarikh berkenaan mungkin menjadi detik perkahwinan lelaki itu.

Sebagai respons, Pelantun lagu Lenglui itu turut memuat naik satu hantaran berkenaan perihal tersebut bersama tangkap layar seseorang berserta video muzik dan sesi motivasi yang pernah dilunaskannya.

“Pada aku, Caprice ini kena kahwin, dia rasa dia sahaja betul, dah kahwin nanti senyaplah dia baru tahu makhluk apa selalu betul,” tulis seorang netizen.

Kata orang, menjadi kelaziman apabila seseorang lelaki sudah berkahwin, ada satu golongan yang sentiasa merasakan diri mereka betul iaitu golongan isteri atau suri rumah.

“Dia ada ‘point’. Selamat Hari Raya Aidiladha,” tulisnya seraya menyertakan sebuah video perjalanan muzik berisi dakwah serta jihadnya termasuk sesi motivasi yang pernah dijayakannya.

Dalam ruangan komen, ada yang berseloroh esok (21 Julai) mungkin tarikh pernikahan Caprice memandangkan pembongkaran yang dijanjikan barangkali sudah dibatalkan atau ditunda.

“21 Julai jadi tak bongkarkan rahsia? Janji harus ditepati. Bang, Bang!,” sakat seorang netizen.

Seorang netizen lain menulis: “Jadi, 21 Julai (esok) ini Caprice kahwin?.” – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI