fbpx

PDRM tidak terima sebarang laporan isu Caprice dan Ebit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice dan Ebit Lew

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan tidak menerima sebarang laporan polis dan tiada kertas siasatan dibuka berhubung isu melibatkan penyanyi rap Caprice dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, sejak beberapa hari lalu pihaknya mengesan isu hangat di media sosial mengenai tindakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang mempersoalkan tindakan Ebit Lew ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

“Setakat ini didapati tiada laporan diterima dan tiada kertas siasatan yang dibuka mengenai perkara ini namun orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan yang berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang kerana ia merupakan satu kesalahan.

“Tindakan menyebar atau membuat kenyataan berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Jalil, siasatan juga boleh dibuat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Justeru itu, orang ramai dinasihati agar tidak mensensasikan isu ini dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika mendapati wujud pelanggaran undang-undang sebagaimana yang dinyatakan,” tegas beliau. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI