fbpx

Juventus mahu Pjanic pulang ke Turin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PJANIC gagal menembusi kesebelasan utama bersama Barcelona menyebabkan dia mahu kembali ke pangkuan Juventus. – AFP

TURIN – Juventus dilaporkan cuba untuk mendapatkan semu­la bekas pemainnya, Miralem Pjanic dengan menawarkan Aaron Ramsey sebagai subjek pertukaran kepada Barcelona.

Pjanic difahamkan mahu kembali ke Turin ketika Juventus memerlukan seorang pemain tengah apabila Arthur berdepan masalah kecederaan untuk tempoh yang panjang.

Pemain Brazil itu telah menjalani pembedahan kelmarin dan perlu berehat untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

Selain itu, Juventus ketika ini sedang berusaha untuk membawa masuk pemain tengah Sassuolo, Manuel Locatelli tetapi Pjanic tetap menjadi sasaran mereka sebagai langkah sokongan.

Pemain berusia 31 tahun itu berhijrah ke Camp Nou sebelum ini selepas dia menjadi sebahagian terma perpindahan melibatkan Arthur dan Barcelona kini terdesak untuk melepaskan khidmatnya sebagai langkah penstrukturan semula kewangan kelab itu.

Pjanic meraih pendapatan €9 juta (RM44.73 juta) setahun bersama The Catalans, manakala Ramsey pula €7.5 juta (RM37.27 juta) bersama Juventus.

Gaji yang diterima oleh Ramsey itu agak tinggi buat Barcelona dan mereka mungkin terpaksa menolak tawaran itu kecuali jika Juventus memberi tawaran pembelian.

Ramsey bergelut de­ngan masalah prestasi di Turin ekoran siri kecederaan yang alami menyebabkan dia jarang mendapat peluang beraksi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI