fbpx

Durian habis dibeli tidak sampai satu jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Shukri (kanan) bersama rakan-rakannya menurunkan buah durian yang di jual dengan harga RM1.99 di Pesiaran Raja Syed Thauphy 4 Bagan Serai di sini.

BAGAN SERAI – Sebanyak tiga tan durian habis dijual dalam tempoh kurang satu jam setiap hari oleh penjualnya di Jalan Pesiaran Raja Syed Thauphy 4 yang meletakkan harga hanya RM1.99 sekilogram menyebabkan dia tidak menang tangan.

Kedatangan pembeli juga bertambah setiap hari apabila video jualan murah itu yang dimuat naiknya di media sosial baru-baru ini mula tular.

Penjual durian, Mohd. Shukri Omcek, 27, berkata, beliau tidak menyangka video jualan durian dengan harga RM1.99 sekilogram itu menyebabkannya dia kini tidak pulang kosong, malah bekalan yang ada tidak mencukupi.

Katanya, dia menjual dengan harga itu selepas terbaca rungutan orang ramai yang kecewa apabila harga raja buah itu mahal dan hanya mampu dibeli golongan berduit sahaja.

“Ramai yang merungut kata durian di jual dengan harga mahal di pasaran sehingga golongan B40 tidak mampu membeli raja buah ini untuk dinikmati oleh keluarga mereka.”

“Lalu saya bersama seorang rakan mencari pekebun-pekebun durian di sekitar kawasan Bukit Gantang dan Trong yang menjual secara borong supaya dapat menjual kepada orang ramai pada harga rendah,” katanya yang telah berniaga di situ sejak seminggu lalu.

Sehingga kini dia telah menjual kira-kira 20 tan durian kampung yang kebanyakannya habis dibeli dalam masa satu jam sahaja.

Katanya, harga rendah pula menyebabkan rata-rata pelanggan membeli antara lima hingga 10kg manakala jualan pula berdasarkan siapa cepat dia dapat bagi memastikan semua boleh membeli durian tersebut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI