fbpx

Cubaan rentas negeri guna surat MITI gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TANJUNG MALIM -Sebanyak 11 buah kenderaan diarah berpatah balik ketika pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan Perak-Selangor di sini hari ini.

Dua lokasi tersebut ialah SJR di kilometer (km) 126, Jalan Persekutuan Kuala Lumpur berhampiran Taman Universiti dan SJR Behrang Selisik.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, sebanyak tujuh kenderaan melalui SJR di km 126 diarah berpatah balik.

Menurut beliau, empat daripadanya memiliki surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), namun ia bukan berkaitan sektor perlu iaitu makanan dan bahan api.

“Dua buah kenderaan pula mengemukakan tarikh temujanji penerimaan vaksin Covid-19 yang berbeza manakala sebuah kenderaan tidak memiliki surat kebenaran polis.

“Berdasarkan pemantauan, kenderaan yang masuk ke daerah Muallim tidak menunjukkan sebarang pergerakan luar biasa,” katanya di sini hari ini.

Aliran trafik juga dalam keadaan terkawal iaitu pada skala satu dengan hanya kenderaan yang mempunyai surat kebenaran sahaja dibenarkan merentas ke daerah ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI