fbpx

Belum sebulan kehilangan bapa, ibu Irwansyah pula kritikal Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRWANSHAH bersama keluarganya.

JAKARTA – Belum sebulan kehilangan bapanya yang meninggal dunia akibat Covid-19, kini ibu kepada pelakon dan penyanyi terkenal in, Irwansyah pula kini dilaporkan kritial selepas lima hari disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Berita duka itu telah dikongsikan sendiri isteri Irwansyah iaitu Zaskia Sungkar dalam Instagram miliknya semalam.

Dalam hantaran tersebut, Zaskia memaklumkan bahawa ibu mertuanya kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas lima hari menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Baru sahaja rasa keluarga ini lengkap, tiba-tiba ada kehilangan (bapa mertua meninggal dunia). Selepas ayah pergi, kesihatan mama semakin hari semakin menurun walaupun menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Keadaan mama sekarang masih sesak nafas semenjak di kuarantin di rumah dan akhirnya terpaksa ditahan di ICU. Tolong doakan semoga mama sembuh daripada Covid-19,” tulisnya dalam Instagram.

Pada 8 Julai lalu, bapa Irwansyah dilaporkan meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19. Malah, Irwansyah yang popular dengan lagu Pecinta Wanita itu turut dijangkiti Covid-19 pada 14 Julai lalu dan menjalani kuarantin kendiri di kediamannya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI